DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Rutin Senaman untuk Membina Otot

Sebelum ini saya banyak menekankan entri saya dengan cara pemakanan bagi mereka yang mementingkan badan yang sihat selain ingin nampak kacak. ahaha. Kali ini, saya sharekan sekali beberapa video youtube untuk anda jadi lepas ini tak perlulah bersusah payah lagi nak cari video senaman yang sesuai untuk bentukkan otot badan dengan cepat dan berkesan. ApaLagi? Jemputlah masuk. ahaha!

Teruskan Membaca

Incoming search terms:

5 Tips Tekan Tubi Yang Berkesan

Push Ups merupakan latihan tekan tubi yang sangat popular dikalangan lelaki terutamanya yang inginkan badan berketul – ketul plus 6pax body! Mereka yang sudah berketul – ketul, sila jangan baca yer. ahaha.

Sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan tekan tubi? Tekan tubi merupakan latihan keseluruhan badan di mana apabila anda melakukannya dengan betul, anda mampu membentuk otot dada, bahu, trisep, belakang badan, abdomen dan juga kaki.

Kenapa senaman push ups ini menjadi pilihan ramai? Bagi saya, latihan push ups ini sangat mudah dilakukan, murah dan tidak memerlukan sebarang peralatan sokongan dengan hasil yang sangat efektif.

Jom saya kongsikan 5 tips Push ups;

Berbaring dalam keadaan mengadap lantai sambil kedua tangan anda diluaskan melebihi keluasan bahu anda. Perlahan – lahan bawa badan anda ke atas anggaran 2-3cm dari lantai. Imbangkan kedudukan tangan dan hujung jari kaki anda.

Pastikan sewaktu anda mengangkat badan, postur belakang badan anda dalam keadaan selaras dan lurus. Sebelum anda memulakan sebarang gerakan, pastikan kontraksi pada abdomen dengan cara menarik otot perut anda ke dalam. Pastikan kontraksi ini berterusan sepanjang latihan dilakukan.

Tarik nafas anda perlahan – lahan sambil merendahkan kembali badan anda kembali ke lantai. Kedudukan siku anda hendaklah 90 darjah dan lepaskan nafas sewaktu anda bangkit kembali.

Sekiranya matlamat utama anda adalah untuk mengempiskan perut yang ke hadapan, lakukan latihan ini sebanyak  ehem- ehem, tak banyak pun  100 kali sehari jer. ahaha. Sewaktu bangkit dan turun, pastikan kedua tangan anda dilembutkan. Jangan sesekali mengeraskan otot anda kerana ia boleh mendatangkan kecederaan. Sekian.

Incoming search terms:

!!..Push Up Exercise..!!

Teruskan Membaca

Incoming search terms: